Sunday, September 6, 2009

Moths before 2010 FIFA World Cup


Semasa penulisan blog ini dibuat, Brazil menduduki ranking pertama FIFA yang dikeluarkan pada bulan September 2009. Kejohanan FIFA World Cup akan bermula di Afrika Selatan pada pertengahan Mei/Jun 2010 dan jurang masa antara sekarang dan kejohanan berlangsung masih berbaki lebih kurang 8 bulan. Sepertimana yg diketahui, Brazil telah merangkul beberapa kejuaraan di sepanjang penglibatan mereka dalam kejohanan berprestij seperti Piala Konfederasi baru-baru ini yg menemukan juara-juara bg setiap benua, tuan rumah dan bekas juara Piala Dunia sebelumnya di mana ia diwakili Itali (juara Piala Dunia 2006), Sepanyol (juara EURO 2008), Afrika Selatan selaku tuan rumah, Iraq (juara Piala Asia), USA (juara benua Amerika Utara), Mesir (juara benua Afrika) dan Brazil (juara Copa America). Sekali lagi, Brazil membuktikan kehebatannya sebelum kejohanan sebenar bermula setahun sebelum itu dengan mengalahkan pasukan tuan rumah, Afrika Selatan di final Piala Konfederasi. Masih segar di ingatan setiap penyokong setia pasukan 'Seleção' itu pada kejohanan Copa America di mana mereka menundukkan seteru utama mereka iaitu Argentina di perlawanan akhir dengan kemenangan bergaya 3-0. Sekali lagi, Argentina diperkotak-katikkan dalam perlawanan getir kelayakan Piala Dunia baru-baru ini di Rosario dengan kekalahan memalukan 1-3 di tangan musuh tradisi mereka itu di tempat sendiri. Apa sudah jadi dengan pasukan kendalian Diego Maradona yang cukup terkenal dgn gelaran 'hand of God' itu? Di mana Messi yg hangat diperkatakan sebagai penerima gelaran World Footballer of the Year. Di mana kelibat Tevez, Kun Aguerro, Maxi Rodriguez, Macherano dan Riquelme? Adakah Argentina masih menagih khidmat pemain veteran spt Juan Sebastian Veron, Ariel Ortega, Gabriel Batistuta, Javier Zanetti dll? Semuanya hanya terjawab dalam perlawanan2 kelayakan seterusnya yg hanya berbaki 4 perlawanan shj lg sebelum Argentina dpt melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Namun, biar apa pun yang berlaku di pentas kelayakan, persoalan siapa hebat sudah tentunya terjawab apabila kejohanan sebenar bermula di Afrika Selatan..Di sanalah hanya boleh kita nilai dan ketahui siapa juara dunia yg sebenar

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home